Wednesday, January 28, 2009

Palestin Oh Palestin..





Ketahuilah, Palestin kini secara politiknya ada dua bahagian, Genting Gaza (Gaza Strip) & Tebing Barat (West Bank). Secara haknya, seluruh kawasan 'Israel' (secara tegas saya nyatakan negara ini tidak wujud) dan 2 bahagian ini ialah wilayah Palestin yang sebenar.

Bagaimana Gaza mendapat namanya?Bayangkan kalau seluruh rakyat Pahang dihalau dan disuruh masuk ke kawasan Kuantan dan sekitarnya, maka akan terbentuklah Genting Kuantan. Maka, bandar terbesar di Genting ini ialah bandar Kuantan.Begitulah juga dengan Gaza dengan bandar utamanya ialah Gaza City.

Gaza ni kecil je. lebih kecil daripada Negeri Perlis, dan besar sikit daripada bandaraya Kuala Lumpur.Dulu apabila saya membaca kepadatan penduduk dunia, maka dikatakan kawasan terpadat di dunia ialah Macau la, Malta la, Monaco la. Rupanya Gaza ni lebih padat lagi. dalam kawasan sekecil tu, ada 1.5 juta orang penduduk!

Memang Israel hendak menjadikan Palestin sebagai ground Zero. Mungkin mereka telah 'berjaya' menghapuskan anak muda (setakat ini 30% terbunuh ialah kanak-kanak). Mungkin ramai wanita-wanita yang hilang suami dan sebaliknya.

Namun yang gagal dihalang Israel ialah;
i) dunia semakin tahu akan kedajalan Israel
ii) dunia semakin kenal watak jahat AS
iii) dunia semakin tahu akan kehebatan HAMAS
iv) Gaza semakin terkenal
v) ummat dunia terutamanya Muslim bertambah aware akan isu Palestin.

Bayangkan kalau adik-adik yang kini berusia 7, 8 atau 13 tahun. Pastinya serangan ke atas Gaza ini dilihat sebagai "oh, satu lagi peperangan.." dan mereka keliru akan siapa yang berada di pihak kebenaran. Lalu terlontarlah persoalan seperti "Hamas pun serang roket jugak kan? So, dua kali lima je lah.."Sebagaimana kita jahil apabila Intifada pertama, kedua berlangsung, apabila perjanjian Oslo dibuat, atau mungkin sampai ke tahap apabila Sheikh Ahmad Yassin et co dibunuh.Maka, mari kita sama-sama jadi genuis. Apakah maksud genius? Salah satu definisinya ialah "explain something fairly complex in a simple way". Oleh itu, sama-sama kita cuba terangkan perkara yang nampak kompleks agar mudah difahami oleh adik-adik remaja kita.
Meminjam kata-kata seorang sahabat daripada dunia maya;"Jadilah batu bata untuk membangun bangunan islam, atau paling kurang jadilah sebutir pasir.Jangan justru menjadi penghalang atau penghancur kejayaan islam itu sendiri.ingat yang menghancurkan islam itu adalah umat islam sendiri.dunia ini hanya sementara kawan."

No comments:

Post a Comment

I'm proud of you ~~terima kasih teman2ku..