Wednesday, December 31, 2008

Sahabat..

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat yang baik adalah sahabat yang bercakap benar dan bukannya hanya membenarkan kata-kata.

" Wahai anakku, janganlah engkau bersahabat dengan yang empat ini. Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang bodoh. Mungkin dia bermaksud untuk memberi manfaat kepadamu, sebaliknya merugikan kamu. Janganlah kamu bersahabat dengan pendusta kerana meraka ini mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat. Janganlah kamu bersahabat dengan orang yang bakhil atau kedekut kerana apabila engkau memerlukan bantuannya, dia akan menghinamu. Janganlah kamu bersahabat dengan pedagang (materialistik) kerana suatu hari nanti dia akan menjualmu dengan harga yang murah."(Ali bin Abi Talib)

Persahabatan yang tidak tulus tidak ubah seperti bayang-bayang yang sentiasa mengekorimu selagi dirimu berada di bawah cahaya matahari, tapi entah ke mana menghilangnya tatkala dirimu dalam suasana yang gelap.

Persahabatan itu umpama tangan dan mata....saat tangan terluka, mata menangis...saat mata menangis tangan menghapuskannya....

Ukhuwah itu bukan terletak pada pertemuan.. Bukan pada manisnya ucapan dibibir...
Tapi terletak pada ingatan seseorang teman... Terhadap teman dalam doa2nya
[Imam al-ghazali]

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang - Hamka

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kau tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Tuesday, December 30, 2008

Keesokkan harinye...

pada hari ahad, aku pk kn aku hanya akan duduk di umah, tp ternyata tersilap.. selepas menonton melodi, aku menerima panggilan telefon dadri angah aku dr lumut. angah mengajak aku ke umah die sbb ada perkara yg ingin dibincangkn.. aku pn bersiap2 untk ke umah angah, setibanya ditgh2 perjalanan, angah telefon lg, dn dia bgtau yg kete nye di workshop di selayang.. so, aku pn trus ke selayang.. setibanya di selayang, angah memberitahu ketenya d servis dn kemungkinan akan siap keesokkan hari.. dari selayang kami menuju ke klang dan bermalam di ctu.. sementara menunggu kete siap diservis.. tetapi kami tidak trus blek ke umah, sblm blek ke umah, angah aku menyetalkan beberapa perkara dan selepas mkn mlm br lah kami blek.. keesokkan harinya, kami ke selayang untuk mengambil kete angah, tp kami diberitahu yg kete itu hanya akan siap pd keesokkan harinye pula.. mahu atau tidak angah mesti blek ke lumut pd mlm tu jgk sbb dia berkije keesokkan harinya, jd utk memudhkan angah, aku memberi pinjam kete aku kepada angah aku utk die blk ke lumut.. dn aku pn blek la ke umah sewa aku dgn komuter.. huhu seperti bese la, komuter punye la rmai manusia.. aku smp kt umah dlm kul 11mlm.. dn merupakan malam yg capekkk.. k la aku dh ngtk, nnt aku smbg lg.. Zzzzzz..

Setelah 3 hari...

setelah 3 hari berlalu aku bercuti, kini esok bermula lah sem II aku... diharapkn dgn bermulanya sem baru ini akan memberi sinar baru kepada aku.. tp kite hanya mampu merancang tp tuhan yg menetukan segalanya.. huhu.. bermadah plak.. tujuan aku menulis blog mlm ni adalah untuk berkongsi cerita aku selepas 3 hari bercuti.. mcm2 suka duka pahit manis yg aku tempuhi.. ok la aku smbg cerita aku dengan mlm jumaat yg lps, sebagai mana yg dirancangkn, mlm tu aku ke umah sedara deli di kajang untuk menyibukkan diri, tp xde la sibuk mne pn.. huhu.. pegi borak2 ngan ayah pas2 dh larut mlm aku blek tdo.. pd keesokkan hari nye aku skali lg ke umah tersebut utk menghantar dak angah dn menjenguk makcik pakcik... sejurus dr umah kajang tu, aku ke nilai sbb kakak aku menginap disitu.. abg ipar aku g main golf kt nilai golf, tp kakak aku bosan duk dibilek so die mtk aku bwk die jln2.. pk punye pk, aku pn bwk lah kakak dn anak buah aku ke putrajaya, g taman botani, alamanda, pusing2.. berkeping2 gmbr diambil untk kenangan.. nk dijadikan cerita, di sbbkn terleka.. xsedar kamera tertinggal.. WAAAAAAA!!!!! kami perasan ble dh smp hotel... ble pegi smula dh xjmp... hmm nk wat cmne xde rezki kami.. tp jln2 kami xabes dictu, kakak aku nk g shopping kain kt nilai 3 so pegi la kt sne plak.. kira smp jam 630 kami pulang ke hotel... setibanya di hotel, aku mtk dri utk pulang ke umah sewa sbb bdn dh terasa pnat.. dn berakhir la percutian ari sbtu aku.. mlm tu aku menjalani hidup seperti bese di umah.. dengan perasaan terkilan kamera hilang.. :(

Saturday, December 27, 2008

Berkongsi Cerita Teladan..

ASSALAMUALAIKUM. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya.
Ini adalah sebuah cerita pengajaran bagi yang sudi dan mampu menggunakan akal dan fikirannya untuk mengambil pengajaran yang bermanafaat.
Pada zaman Nabi Idris AS,apabila ALLAH mengangkat amalan jahat manusia ke langit, malaikat lalu bertanya kepada ALLAH.
"Anak-anak Adam (manusia) itu, Engkau jadikan mereka itu makhluk pilihan-Mu di bumi, tetapi mereka menderhakai-Mu," kata malaikat.
Jawab ALLAH, "kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka, nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan."
Balas malaikat, "Maha Suci Engkau Wahai Tuhan, takkan sampai kami menderhakai-Mu!"
Berkata ALLAH, "baiklah, pilihlah 2 malaikat yang terbaik sekali antara kamu, akan Aku kirimkan mereka ke bumi."
Malaikat lalu memilih Harut dan Marut, 2 malaikat paling salih dan banyak ibadatnya kepada ALLAH.
ALLAH lalu memperlengkapkan 2 malaikat itu dengan syahwat dan keinginan lalu diturunkan-Nya ke bumi untuk mengadili manusia secara hak dan adil. Sebelum dikirimkan ke bumi, ALLAH mengingatkan mereka supaya menjauhkan diri daripada syirik, pembunuhan, penzinaan dan khamar atau pun arak.
Di dunia, Harut dan Marut mengadili manusia seperti diperintahkan ALLAH. Apabila petang, kedua-duanya pun menyebut al-Ismul-A''zham, lalu naik ke langit. Demikianlah kedua-dua malaikat itu hingga sampailah sebulan masa lamanya.
Pada suatu hari datanglah seorang wanita yang amat jelita. Berhadapan dengan wanita itu kedua-dua malaikat itu berdebar.
"Adalah engkau jatuh hati kepada wanita tadi seperti terjadi pada diriku?" tanya Harut.
"Benar." jawab Marut.
Kedua-dua malaikat itu lalu merayu-rayu wanita jelita itu. Namun ditolak oleh wanita itu, sehingga tibalah hari ke-3.
"Baiklah. Kalau kamu masih mahu juga, maka hendaklah kamu menyembah berhala itu, lalu membunuh si polan itu serta meminum arak." Harut dan Marut amat terkejut.
"Tidak ada jalan bagi kami, kerana ALLAH menegah kami melakukan perkara itu." Jawab Harut dan Marut.
Pada hari ke-3, nafsu Harut dan Marut semakin ingin kepada wanita jelita itu. Dia lalu berfikir,"menyembah berhala berdosa besar, begitu juga membunuh orang, yang paling ringan dosanya ialah meminum arak." Maka kedua malaikat itu pun minum arak lalu mabuk.
Apabila keduanya sudah mabuk mereka pun menangkap wanita tadi lalu berzina dengannya. Kebetulan perbuatan itu dilihat oleh orang lain.Bagi menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, keduanya lalu membunuh orang itu.
Ada riwayat yang menyambung cerita ini mengatakan sesudah itu, tanpa sedarkan diri, mereka berdua menyembah berhala yang ditunjuk oleh wanita jelita itu.
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran (maksudnya): hai orang yang beriman! sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji, pekerjaan syaitan. (Kerana itu) jauhilah (tinggalkanlah) agar kamu menang (dunia akhirat). (Al-Maidah: 90)
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran (maksudnya): mereka bertanya kepadamu mengenai minuman keras dan judi, maka katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada juga manafaat bagi manusia. Akan tetapi dosanya lebih besar dari manafaatnya. (Al-Baqarah: 219

Friday, December 26, 2008

Hari yang agak boring

Setelah seharian aku duduk kt umah asyik tgk tv dan tido je.. huhu.. majoriti budak2 umah balik kg, tinggal la aku 3 org je tp diorg ade yg g kije, ade yg dating.. hehe.. Sem II minggu dpn br start.. lps smbhyg jumaat aku mkn pastu tido.. Lps asar aku g anta cuci kete walaupun hari mendung mcm nk ujan, aku tetap g anta cuci, tp mujurlah hari xujan.. blek dr cuci kete, aku smbg tgk tv... Ha tapi insyaALLAH mlm ni aku g umah sedara deli yg nk kawin esok, untuk aku menyibukkan diri.. hehe.. Hmm tp tgk la mlm ni aku jd ke x nk pegi.. ;) k cau..

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum..
Syukur alhamudulillah dengan izin Nya, dapat aku bina blog aku sendiri...
Diharap dengan adanya blog ini, dapat lah aku berkongsi cerita dan pengalaman dalam hidup aku..
Kepada mereka yang mengenali diri ini, janganlah segan silu untuk berkongsi dan memberikan sebarang pendapat yang difikirkan dapat membina dan mengerat hubungan silaturahim serta untuk kebaikan bersama..

I'm proud of you ~~terima kasih teman2ku..