Saturday, December 27, 2008

Berkongsi Cerita Teladan..

ASSALAMUALAIKUM. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya.
Ini adalah sebuah cerita pengajaran bagi yang sudi dan mampu menggunakan akal dan fikirannya untuk mengambil pengajaran yang bermanafaat.
Pada zaman Nabi Idris AS,apabila ALLAH mengangkat amalan jahat manusia ke langit, malaikat lalu bertanya kepada ALLAH.
"Anak-anak Adam (manusia) itu, Engkau jadikan mereka itu makhluk pilihan-Mu di bumi, tetapi mereka menderhakai-Mu," kata malaikat.
Jawab ALLAH, "kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka, nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan."
Balas malaikat, "Maha Suci Engkau Wahai Tuhan, takkan sampai kami menderhakai-Mu!"
Berkata ALLAH, "baiklah, pilihlah 2 malaikat yang terbaik sekali antara kamu, akan Aku kirimkan mereka ke bumi."
Malaikat lalu memilih Harut dan Marut, 2 malaikat paling salih dan banyak ibadatnya kepada ALLAH.
ALLAH lalu memperlengkapkan 2 malaikat itu dengan syahwat dan keinginan lalu diturunkan-Nya ke bumi untuk mengadili manusia secara hak dan adil. Sebelum dikirimkan ke bumi, ALLAH mengingatkan mereka supaya menjauhkan diri daripada syirik, pembunuhan, penzinaan dan khamar atau pun arak.
Di dunia, Harut dan Marut mengadili manusia seperti diperintahkan ALLAH. Apabila petang, kedua-duanya pun menyebut al-Ismul-A''zham, lalu naik ke langit. Demikianlah kedua-dua malaikat itu hingga sampailah sebulan masa lamanya.
Pada suatu hari datanglah seorang wanita yang amat jelita. Berhadapan dengan wanita itu kedua-dua malaikat itu berdebar.
"Adalah engkau jatuh hati kepada wanita tadi seperti terjadi pada diriku?" tanya Harut.
"Benar." jawab Marut.
Kedua-dua malaikat itu lalu merayu-rayu wanita jelita itu. Namun ditolak oleh wanita itu, sehingga tibalah hari ke-3.
"Baiklah. Kalau kamu masih mahu juga, maka hendaklah kamu menyembah berhala itu, lalu membunuh si polan itu serta meminum arak." Harut dan Marut amat terkejut.
"Tidak ada jalan bagi kami, kerana ALLAH menegah kami melakukan perkara itu." Jawab Harut dan Marut.
Pada hari ke-3, nafsu Harut dan Marut semakin ingin kepada wanita jelita itu. Dia lalu berfikir,"menyembah berhala berdosa besar, begitu juga membunuh orang, yang paling ringan dosanya ialah meminum arak." Maka kedua malaikat itu pun minum arak lalu mabuk.
Apabila keduanya sudah mabuk mereka pun menangkap wanita tadi lalu berzina dengannya. Kebetulan perbuatan itu dilihat oleh orang lain.Bagi menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, keduanya lalu membunuh orang itu.
Ada riwayat yang menyambung cerita ini mengatakan sesudah itu, tanpa sedarkan diri, mereka berdua menyembah berhala yang ditunjuk oleh wanita jelita itu.
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran (maksudnya): hai orang yang beriman! sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji, pekerjaan syaitan. (Kerana itu) jauhilah (tinggalkanlah) agar kamu menang (dunia akhirat). (Al-Maidah: 90)
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran (maksudnya): mereka bertanya kepadamu mengenai minuman keras dan judi, maka katakanlah: Pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada juga manafaat bagi manusia. Akan tetapi dosanya lebih besar dari manafaatnya. (Al-Baqarah: 219

No comments:

Post a Comment

I'm proud of you ~~terima kasih teman2ku..